Wednesday, May 1, 2013 0 comments

Minggu 10

Pada minggu ini kumpulan 9 telah menyampaikan pembentangan berkaitan Microsoft Excel. Ini merupakan pembentangan terakhir setelah menjalani sepuluh minggu sesi kuliah.
 

Microsoft Excel merupakan salah satu aplikasi daripada Microsoft Office. Microsoft Excel ditampilkan dalam bentuk spreadsheet iaitu satu dokumen elektronik yang dapat menyimpan pelbagai data. Ia mengandungi workbook dan worksheet (lembaran kerja) yang terdiri daripada row, column dan cell. Di setiap cell boleh dimasukkan data dan boleh digunakan untuk proses pengiraan. Dalam membuat pengiraan pula pengguna perlu menulis formula. Melalui formula tersebut, operasi penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan mudah. Formula juga berfungsi untuk mengubahsuai pengiraan dan mengesan kesalahan. Microsoft Excel ini sangat berguna untuk key-in sebarang data dan membuat carta atau graf. Dalam slot pembentangan minggu ini pembentang memfokuskan cara organize markah pelajar-pelajar dengan mudah dan sistematik. Ia sangat berguna kepada guru-guru dalam mengendalikan markah pelajar yang banyak hanya dengan menggunakan masa yang singkat. Walau bagaimanapun pengguna Microsoft Excel perlulah mahir dan arif tentang penggunaan formula agar penggunaannya betul-betul dapat membantu dan sistematik. Bagi mereka yang kurang mahir menggunakan aplikasi ini akan end up dengan pelbagai error dalam proses pengiraan dan seharusnya terus belajar untuk membaiki kesilapan dan kelemahan. Ianya tidak terlalu susah untuk dipelajari.





0 comments

Minggu 9

Pada minggu ini kelas telah dibatalkan sempena menghormati Hari Keputeraan Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan. 



Slot pembentangan yang dijadualkan  telah dianjak ke minggu 10 iaitu pembentangan daripada kumpulan 9 berkaitan Microsoft Excel. Masa yang terluang ini digunakan untuk menyiapkan tugasan 6 yang perlu dihantar pada minggu 10.




Sunday, April 28, 2013 0 comments

My Group's Presentation (Movie Maker)

Kumpulan saya merupakan kumpulan 5 yang dianggotai oleh:

NORZEE BINTI ASRI (M20122001491)


AZIZAH BINTI MAT AIL (M20111000304)


ROHAIZATINA BINTI RASIM (M20122001494)


NURUL AISHAH BINTI ABDUL JALIL (M20122001492)


Kami telah memilih Windows Movie Maker untuk dibentangkan. Windows Movie Maker merupakan satu perisian yang tidak asing lagi bagi setiap guru, pelajar dan sesiapa sahaja. Hampir semua dalam kalangan pengguna komputer dan ICT mempunyai pengalaman menghasilkan video menggunakan Movie Maker. Cantik atau tidak, menarik atau tidak, semuanya bergantung kepada kreativiti sendiri. Apa yang penting kita tahu asas penggunaan perisian tersebut. Semakin hari perisian Movie Maker semakin canggih dan bertambah memudahkan pengguna. Sekarang ramai yang menggunakan Windows Live Movie Maker yang telah di'update' dengan ciri-ciri baru dan menjadikan penghasilan video  lebih menarik. 

Let getting started with Windows Movie Maker with us. Be creative. Be an editor. Have fun.
0 comments

Assignment 6

Tugasan 6 ini merupakan tugasan berkumpulan yang memerlukan kami memilih 4 konsep di dalam mata pelajaran kimia dan menyediakan satu video yang merakamkan cara kami menerangkan keempat-empat konsep tersebut agar dapat diakses oleh pelajar. Kumpulan saya terdiri daripada Norzee, Rohaizatina, Aisyah dan saya, Azizah telah memilih tajuk Electrochemistry yang mengandungi 4 konsep iaitu:
  1. Introduction to Electrochemistry
  2. Electrolysis Process of Molten Compounds
  3. Electrolysis Process of Aqueous Compounds
  4. Electrochemical Cells  
Dalam menyediakan video ini kami telah menggunakan 3 software yang telah kami pelajari sepanjang kelas ICT ini iaitu Prezi, CamStudio dan MovieMaker. 
Click here to watch video or you can directly watch the video below. 


Sunday, April 21, 2013 0 comments

Minggu 8

Pada minggu ini juga terdapat dua pembantangan iaitu daripada kumpulan 6 dan 8. Dua pembentangan tentang dua perisian yang baru bagi saya kerana belum pernah menggunakannya. Pembentangan dimulakan dengan kumpulan 6 berkaitan Prezi dan diikuti kumpulan 8 berkaitan Microsoft PowerPoint.

1.    Prezi  
Prezi merupakan satu perisian persembahan atau pembentangan berasaskan internet. Prezi berfungsi sebagaimana Microsoft PowerPoint, tetapi ia lebih menarik, dinamik, dan lebih senang digunakan memandangkan ia telah mempunyai pelbagai reka bentuk template yang menarik dan pengguna hanya perlu mengisi kandungan yang ingin dipersembahkan. Jika dibandingkan dengan Microsoft PowerPoint, Prezi dipersembahkan dalam bentuk kanvas berbeza dengan Microsoft PowerPoint yang dipersembahkan dalam bentuk slaid demi slaid. Maka, pengguna Prezi hanya perlu membesar dan memperkecilkan (zoom in or out) bahagian paparan persembahan mereka. Pengguna Prezi boleh memasukkan gambar atau video dengan mudah dan di mana sahaja di bahagian kanvas yang mereka kehendaki. Meskipun Prezi kelihatan canggih dengan fungsi-fungsi yang menakjubkan, namun ia bukanlah susah untuk dipelajari. Pengguna hanya perlukan masa untuk meneroka dan membuktikan kreativiti diri. Saya yakin penonton atau pelajar yang menonton pembentangan yang menggunakan Prezi akan tertarik dan tidak bosan. 
Tetapi perisian ini bukan perisian percuma. Pengguna perlu melanggan dan mengeluarkan kos untuk mendapatkan versi penuh. Kami sekelas hanya menggunakan Prezi versi percubaan yang boleh digunakan secara percuma dalam masa 30 hari dari tarikh melanggan. Selain itu, pembentangan Prezi hanya boleh dihasilkan ketika atas talian. Untuk mencuba perisian yang baru dipelajari ini, saya telah menghasilkan satu persembahan Prezi ringkas. Klik di sini .

2.   Microsoft PowerPoint (Mouse Mischief)

        

Sudah tentu semua dalam kalangan guru dan pelajar pernah dan selalu menggunakan Microsoft PowerPoint. Microsoft PowerPoint merupakan salah satu aplikasi daripada Microsoft Office yang popular dan sekian lama digunakan untuk menyediakan slaid pembentangan. Namun apa yang dibentang dan dipelajari pada minggu ini bagi saya adalah sesuatu fungsi yang baru dalam Microsoft PowerPoint yang belum pernah saya guna iaitu Microsoft Mouse Mischief. Microsoft Mouse Mischief adalah satu program baru yang digabungkan dalam Microsoft PowerPoint untuk membolehkan golongan guru atau pendidik menghasilkan satu slaid pengajaran yang interaktif. Dengan Microsoft Mouse Mischief guru dapat membina soalan, membuat pemilihan jawapan dan menyediakan ruangan melukis pada slaid PowerPoint. Dengan itu, pelajar dapat dapat belajar dengan aktif, memberi tindak balas semasa sesi P&P dengan memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan tetikus untuk klik jawapan, membua bulatan atau 'drag ang drop' jawapan. Pelbagai bentuk latihan dapat guru sediakan untuk pelajar-pelajar dengan menggunakan Microsoft Mouse Mischief seperti melabel, mengisi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan dan Crossword. Dalam pembentangan ini juga kami diajar bagaimana untuk membina crossword sendiri tetapi perlu ada perisian yang perlu di'install' terlebih dahulu.    


0 comments

Minggu 7

Pada minggu ini tiba giliran kumpulan saya iaitu kumpulan 5 untuk membuat pembentangan tentang Windows Movie Maker dan kumpulan 7 berkaitan OneNote. 

1.    Windows Movie Maker

Windows Movie Maker adalah satu perisian menyunting video yang asas dan ringkas yang disertakan dengan Microsoft Windows. Ia mengandungi ciri-ciri seperti kesan, peralihan, tajuk/kredit dan audio. Saya percaya dan yakin semua di antara kawan-kawan sekelas saya pernah menggunakan perisian ini untuk membuat video peribadi dan  sebagianya. Sebagai guru pula, perisian ini berguna untuk menyediakan bahan mengajar yang menarik. Perisian ini sangat mudah dan menarik digunakan walaupun pada pertama kali menggunakannya. Tetapi sekarang ramai pengguna menggunakan Windows 7, maka Windows Movie Maker telah digantikan kepada Windows Live Movie Maker yang mempunyai kemudahan yang berbeza. Windows Live Movie Maker membenarkan pengguna menerbitkan video ke Windows Live SkyDrive, Facebook, You Tube dan Flickr serta mencipta video HD. Namun begitu, meskipun pembaharuan telah dilakukan untuk memudahkan pengguna, terdapat ciri-ciri tertentu yang membuatkan Windows Movie Maker lebih senang digunakan berbanding Windows Live Movie Maker seperti pembuangan garisan masa yang menyebabkan pengguna sukar untuk menjangkakan tempoh masa untuk gambar atau audio dimainkan dalan video yang dihasilkan.

2.    Microsoft OneNote


Microsoft OneNote merupakan salah satu aplikasi daripada Microsoft Office yang boleh dianggap sebagai buku nota dan dapat mengumpul pelbagai catatan, idea, nota dan sebagainya mengikut section yang ditetapkan oleh pengguna. Apa yang istimewa tentang OneNote, setiap catatan yang pengguna buat tidak akan hilang walaupun tidak disimpan kerana ia akan simpan secara automatik. Dalam OneNote, pengguna boleh memasukkan, membuat jadual, masukkan gambar dan membuat pelbagai bentuk peta minda dan konsep. Pengguna juga boleh menulis di mana-mana sudut dokumen dengan hanya klik di tempat yang dikehendaki. Bagi pengguna yang menggunakan tablet PC, mereka boleh membuat catatan di OneNote dengan menggunakan tulisan tangan seolah-olah menulis di atas buku nota menggunakan pen. Lebih menarik lagi, OneNote juga dapat membuat pengiraan dengan hanya menaip nombor dan operasi pengiraan untuk mendapatkan penyelesaian. Antara keistimewaan lain OneNote, pengguna dapat memasukkan gambar dari web tanpa crop atau copy tetapi dengan hanya menggunakan screen clipping dan juga dapat extract sebarang tulisan dari gambar tersebut. Selain itu, OneNote juga membolehkan  pengguna membina password bagi fail-fail yang sulit. Menarik kan??Sebagai pelajar dan guru, OneNote sangat berguna untuk membuat nota dan catatan.

Selain mempelajari 2 perisian tersebut, pensyarah memberi penerangan ringkas tentang penggunaan CamStudio atau juga dikenali sebagai Desktop Screen Recorder. CamStudio merupakan satu perisian yang dapat merakam audio dan setiap aktiviti yang dilakukan di skrin komputer dan seterusnya dapat disimpan sebagai AVI video. Perisian ini mempunyai SWF Producer yang dapat mengubah ukuran fail avi yang sesuai dengan Streaming Flash Videos (SWFs). Perisian ini berguna kepada guru-guru untuk menghasilkan video demonstrasi dalam proses P&P dan perisian ini juga akan digunakan dalam melaksanakan tugasan 6.


Friday, April 19, 2013 0 comments

Minggu 6


Sesi pembelajaran semakin menarik. Pada minggu ini, dua kumpulan telah membuat pembentangan. Kumpulan 3 membentangkan tentang Microsoft Publisher manakala kumpulan 4 berkaitan Chemsketch.
  1. Microsoft Publisher
Microsoft Publisher merupakan salah satu aplikasi daripada Microsoft Office yang digunakan untuk menghasilkan atau mencipta kad, banner, kalender, pamphlet dan banyak lagi. Ia sangat mudah digunakan kerana ia memberi lebih penekanan terhadap susun atur dan reka bentuk halaman. Jadi pengguna hanya perlu 'drag and drop' gambar atau 'text box' di mana sahaja mereka suka untuk mengdapatkan hasil ciptaan yang cantik dan kreatif. Aplikasi ini amat ringkas dan tidak mengambil masa yang panjang untuk dipelajari kerana ia sangat mesra pengguna. Aplikasi ini juga sangat berguna kepada semua tidak mengira apa profession mereka. Sebagai guru, aplikasi ini sering digunakan untuk menghasilkan pamphlet yang memuatkan nota-nota dan sebagainya. Terdapat banyak lagi item yang dapat dicipta dengan menggunakan Microsoft Publisher seperti yang dinyatakan dalam rajah di bawah. Bagi setiap item pula terdapat pelbagai design yang bebas dipilih oleh pengguna.


Di bawah ini merupakan satu hasil kerja saya menghasilkan flyer. Flyer sering digunakan untuk mengiklankan produk, sesuatu acara dan sebagainya dengan cara mengedarkan kepada umum.




     2.  Chemsketch



ACD/ChemSketch adalah satu perisian pintar yang amat berguna kepada guru dan pelajar sains terutamanya kimia. Ia sangat mudah digunakan untuk menyediakan manual dan laporan makmal. Antara keistimewaan yang terdapat pada Chemsketch:
  1. Melukis sebarang struktur kimia termasuk organik, organometallik dan polimer. 

2.   Melukis dan melihat struktrur kimia dalam 2D dan 3D dari sebarang sudut.


3.   Melukis gambar rajah eksperimen


4.   Menyatakan nama bagi setiap struktur kimia yang dilukis.


Yang pasti terdapat banyak lagi kelebihan yang boleh didapati daripada Chemsketch jika kita terus diterokai. Di samping dapat memudahkan kerja pengguna, bagi saya ia juga sesuai dijadikan medium untuk mempelajari asas bagi struktur kimia dan sebagainya. 





Wednesday, April 17, 2013 0 comments

Minggu 5

        

Pada minggu 5 giliran kumpulan 2 pula untuk membentangkan tentang Picasa3, iaitu satu perisian untuk menyunting gambar. Selain dapat menyunting gambar, banyak lagi ciri-ciri menarik berkaitan Picasa3 seperti album, image viewer, berkongsi gambar dengan kawan-kawan google dan sesiapa sahaja dengan cepat dan mudah, Dengan album Picasa, kita dapat menyusun gambar-gambar yang terdapat dalam komputer kita mengikut kategori yang kita suka tanpa memberi kesan kepada kedudukan atau folder asal gambar dalam komputer. Contohnya sekira kita delete salah satu gambar dalam album Picasa, gambar tersebut masih lagi boleh didapati dalam folder asal dalam komputer kerana ia tidak memberi kesan kepada folder asal. 
Untuk suntingan gambar pula, Picasa menyediakan beberapa fungsi asas untuk menyunting gambar seperti, color enhancement, edit text, red eye reduction, cropping, slide shows, collage dan juga printing. Apabila kita menyunting gambar di Picasa, ia juga tidak mengubah gambar asal dalam komputer. Selain itu, kita juga boleh menghasilkan video dengan menggunakan Picasa. Tetapi fungsi yang disediakan untuk penghasilan video agak terhad dan tidak pelbagai berbanding Movie Maker. Namun begitu, perisian Picasa ini sentiasa diupgrade, kalau tak silap sekarang telah diupgrade kepada Picasa 3.9 yang pasti semakin menarik dan bertambah fungsi dan ciri-ciri keistimewaannya.
Secara jujurnya, kebiasaannya saya menggunakan perisian lain untuk menyunting gambar dan tidak pernah menggunakan perisian Picasa. Tetapi setelah diperkenalkan oleh kawan-kawan kumpulan 2, saya cuba untuk menggunakannya dan ianya agak menarik. Di bawah adalah contoh gambar yang telah saya sunting menggunakan Picasa3. Mungkin gambar tersebut boleh disunting menjadi lebih menarik lagi sekiranya fungsi-fungsi yang disediakan perisian Picasa ini terus dipelajari dengan lebih mendalam. 


Terima kasih kepada kawan-kawan kumpulan 2 kerana memberi pengetahuan baru yang menyeronokkan.

Tuesday, April 16, 2013 0 comments

Minggu 4

Pada minggu 4, kumpulan 1 meneruskan pembentangan berkenaan blog. Masalah banyak timbul dalam bahagian Drop Down Menu. Maklumlah tak expert.. Tapi akhirnya berjaya buat juga. Seterusnya belajar bagaimana nak jadi follower bagi blogger-blogger lain. Kami wajib menjadi follower bagi blog pensyarah kami dan juga blog kawan-kawan sekelas yang lain. Dengan cara ini mudah bagi kami saling berkongsi maklumat dan sebagainya. Setelah mempelajari semua asas untuk create blog, adalah menjadi tugas kami untuk menghasilkan atau decorate blog masing-masing mengikut kreativiti sendiri agar nampak menarik.

Memandangkan blog ini adalah satu tugasan dalam kursus pengajian kami, terdapat maklumat-maklumat yang perlu dimuatkan agar memenuhi kehendak pensyarah. Berikut adalah senarai maklumat yang diperlukan oleh pensyarah:


Apa yang paling penting adalah, perlu memuatnaik semua assignment yang dibuat sepanjang semester pengajian dan menulis reflection bagi setiap minggu kuliah. Setiap asignment perlu dimuatnaik di Google Drive terlebih dahulu sebelum share di blog dan dapat diexplore oleh sesiapa sahaja. Harapan saya, semoga apa yang saya kongsi di blog ini sedikit sebanyak dapat memberi informasi kepada orang lain.
Terima kasih kepada Kumpulan 1 di atas usaha mengajar kami menghasilkan blog ini. 

Monday, April 15, 2013 0 comments

Minggu 3

 
   
Minggu ni, bermula slot pembentangan. Kumpulan 1 telah membentangkan bagaimana untuk membuat blog. A very good job for presenter and faci. Banyak sangat membantu. Satu persatu diajar dengan jelas dan teliti. Daripada zero sehingga lah saya tahu bagaimana cara untuk create blog. Apa yang paling penting, untuk create blog mesti ada google account. Seriously, sebelum ni hanya tengok jer blog-blog orang lain yang semua cantik dan kreatif tapi tak pernah mencuba. Sangat fun apabila tengok kawan-kawan kelas semua teruja untuk belajar. Ada jer yang angkat tangan sana sini sebab tak dapat catch up. Ye lah mungkin ramai juga yang macam saya...pengalaman pertama nak create blog. Tambahan lagi internet access juga agak slow. Walaupun kadang-kadang lost, tapi semua boleh dilakukan kalau fokus. Pada awalnya hanya tahu basic seperti template, layout dan sebagainya. Then belajar pula cara nak buat Drop Down Menu. Inilah yang rasa susah sikit sebab kena ubah coding. Biasalah jika berkaitan dengan coding ni, ada silap sikit jer terus tak jadi. Kesimpulannya, kena teliti. 


Waktu kuliah 3 jam berlalu dengan pantas, ada lagi bahagian yang belum diajar dan perlu dipelajari untuk membuat blog yang menarik. Pembentangan kumpulan 1 ini akan disambung pada minggu hadapan, minggu 4.

     


0 comments

My Teaching Philosophy


Falsafah pengajaran saya adalah membantu pelajar untuk membantu diri mereka. Jika abad ini, ciri-ciri pelajar yang diperlukan untuk menghadapi cabaran adalah memiliki pelbagai kemahiran seperti literasi digital, kemahiran berkomunikasi dan produktiviti tinggi, maka sebagai pengajar saya ingin membantu mereka membekalkan diri dengan kemahiran tersebut. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang sedemikian, pengajar bukan lagi berperanan sebagai pembekal maklumat tetapi memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan mencari jawapan kepada persoalan yang timbul. Pengajar hanyalah individu yang membantu, memberi mereka dorongan dan motivasi agar mereka menunjukkan minat yang mendalam dalam mencari ilmu. Dengan aktiviti penerokaan sendiri mereka akan dapati proses pembelajaran dalam konteks yang amat menarik. Tambahan lagi saya percaya setiap pelajar memiliki keistimewaan masing-masing dan mempunyai corak pemikiran yang berbeza. Dengan penerokaan sendiri mereka akan bangkit dengan pendapat mereka sendiri ditambah pula dengan pendapat pelajar-pelajar lain akan menjadikan proses pembelajaran yang sangat berkesan dan bermaklumat. Apa yang penting pengajar perlu percaya dengan kebolehan pelajar.   
                         

0 comments

Minggu 2

Pada minggu ini pensyarah telah memperkenalkan satu medium pembelajaran yang menarik melalui video iaitu Khan Academy. Ia dapat membantu proses pembelajaran untuk menambah pemahaman terhadap sesuatu konsep-konsep terutamanya subjek kimia. Kesemua video yang terdapat di laman Khan Academy adalah percuma dan juga boleh didownload untuk simpanan peribadi. Medium pembelajaran baru ini dapat digunakan oleh guru dan pelajar dalam proses P&P. 


Khan academy ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2006. Ia merupakan salah satu laman yang disedikan untuk pembelajaran secara online. Jika diimbas kembali, semasa saya belajar di sekolah menengah lebih kurang 10 tahun yang lalu, medium pembelajaran seperti ini tidak sempat dirasai. Tetapi berbeza dengan pelajar hari ini, terlalu banyak perubahan dan kemudahan yang dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran. Malah, mereka dapat terus belajar di rumah atau di mana saja walaupun tanpa guru. Amat rugi jika mereka tidak mengambil peluang ini untuk menjadikan mereka cemerlang dalam akademik.



Selain Khan Academy, kami juga diberi tugas dalam kumpulan untuk memilih satu software yang sering digunakan dalam proses P&P dan setiap kumpulan perlu membuat pembentangan pada minggu yang ditetapkan. Kumpulan saya telah memilih MovieMaker, satu software untuk membuat video mengikut kreativiti sendiri dan bakal dibentangkan pada minggu ke-7. Slot pembentangan software ini amat menarik dan saya terasa teruja memandangkan tidak semua di antara software yang bakal dibentangkan itu pernah saya guna. Contohnya ChemSketch, OneNote, CamStudio dan Picasa merupakan software yang tidak pernah saya cuba. Selain itu, cara untuk membuat blog juga akan dibentangkan dan ini merupakan peluang keemasan bagi saya untuk mempelajarinya. Dengan kata lain, kelas ICT ini adalah satu paltform untuk saya mempelajari pelbagai perkara baru.

Di samping itu, pensayarah telah memberi senarau tugasan yang perlu disempurkana sepanjang semester. Terdapat 6 tugasan individu dan berkumpulan. 




0 comments

Minggu 1



Semester baru bermula. Seperti kebiasaan di minggu pertama, dapat berjumpa kawan-kawan baru, mengenali dan akan mendalami satu lagi cabang baru dalam dunia pendidikan yang pasti memberi keseronokan dan semangat baru. Tambahan lagi, ia dipimpin oleh seorang pensyarah yang berpengalaman, Cik Asmayati dan yang paling penting ‘sempoi’, dan pelajar-pelajar ‘enjoy’ semasa sesi kuliah.
Sebagai sesi pengenalan, pelajar diberitahu tentang aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang semester berlangsung.

1. 
    
     Perlu respon atau bagi idea dan komen bagi setiap isu kat forum. Pelajar perlu log in portal MyGuru untuk memberi respon. Setiap isu kat ruangan forum ditetapkan tarikh buka dan tutup. Oleh sebab itu, pelajar boleh memberi respon pada isu-isu tersebut setelah tiba tarikh buka dan sebelum tarikh tutup. Pelajar-pelajar perlu aktif dalam aktiviti ini kerana banyak info dan pengetahuan yang dapat kita kongsi dan peroleh melaluinya. Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza dalam kerjaya mereka, maka mereka boleh berkongsi pengalaman mereka sekiranya berkaitan dengan isu yang dibincangkan.


2.  
      
     Mengenali dan mempelajari tentang GoogleDrive. Sebelum ni pernah menyedari kehadiran aplikasi ini tetapi tidak pernah menggunakannya. Tetapi melalui kuliah ini saya mendapati ia sangat convenient, selamat dan tidak perlu risau lagi akan kehilangan dokumen penting sekiranya komputer atau laptop rosak. perkidmatan percuma ni boleh digunakan untuk memuat naik, berkongsi, bekerjasama dan menyimpan fail secara online dengan 5GB penyimpanan percuma ynag cukup untuk menyimpan dokumen-dokumen penting. 
 
;