Blog
ini merupakan satu tugasan bagi subjek Technology And Innovation In Teaching And Learning Chemistry. Satu tugasan yang
sangat menarik yang mana setiap pelajar boleh berkongsi pelbagai maklumat di
laman ini. Tambahan lagi, pada abad ini literasi ICT amat penting dalam
kalangan guru dan pelajar di semua peringkat pengajian. Aplikasi blog dan
pelbagai lagi media sosial lain kelihatan telah menjadi medium yang sangat
popular untuk melaksanakan sesi pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. 
![]()  | 
| Informasi mengenai sesuatu perkara boleh di dapati dengan mudah dengan melayari internet | 
Pelbagai pembaharuan yang berlandaskan ICT telah dilakukan dalam sistem pendidikan dengan tujuan melahirkan pelajar yang menepati keperluan global dan bersaing dengan dunia luar. Semua pihak harus menyedari cabaran yang bakal dihadapi di masa hadapan dan perlu bersiap sedia dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk berdepan dengan situasi tersebut.
![]()  | 
| Dengan mengaplikasikan ICT dalam bidang pendidikan, berharap dapat mewujudkan pembangunan global yang dikuasai oleh teknologi, didorong oleh maklumat dan pengetahuan | 




0 comments:
Post a Comment