Sesi pembelajaran semakin menarik. Pada minggu ini, dua kumpulan telah membuat pembentangan.
Kumpulan 3 membentangkan tentang Microsoft Publisher manakala kumpulan 4
berkaitan Chemsketch.
- Microsoft Publisher
 
Microsoft Publisher merupakan salah satu aplikasi daripada Microsoft Office yang digunakan untuk menghasilkan atau mencipta kad, banner, kalender, pamphlet dan banyak lagi. Ia sangat mudah digunakan kerana ia memberi lebih penekanan terhadap susun atur dan reka bentuk halaman. Jadi pengguna hanya perlu 'drag and drop' gambar atau 'text box' di mana sahaja mereka suka untuk mengdapatkan hasil ciptaan yang cantik dan kreatif. Aplikasi ini amat ringkas dan tidak mengambil masa yang panjang untuk dipelajari kerana ia sangat mesra pengguna. Aplikasi ini juga sangat berguna kepada semua tidak mengira apa profession mereka. Sebagai guru, aplikasi ini sering digunakan untuk menghasilkan pamphlet yang memuatkan nota-nota dan sebagainya. Terdapat banyak lagi item yang dapat dicipta dengan menggunakan Microsoft Publisher seperti yang dinyatakan dalam rajah di bawah. Bagi setiap item pula terdapat pelbagai design yang bebas dipilih oleh pengguna.
Di bawah ini merupakan satu hasil kerja saya menghasilkan flyer. Flyer sering digunakan untuk mengiklankan produk, sesuatu acara dan sebagainya dengan cara mengedarkan kepada umum.
     2.  Chemsketch
ACD/ChemSketch adalah satu perisian pintar yang amat berguna kepada guru dan pelajar sains terutamanya kimia. Ia sangat mudah digunakan untuk menyediakan manual dan laporan makmal. Antara keistimewaan yang terdapat pada Chemsketch:
- Melukis sebarang struktur kimia termasuk organik, organometallik dan polimer.
 
2.   Melukis dan melihat struktrur kimia dalam 2D dan 3D dari sebarang sudut.
3.   Melukis gambar rajah eksperimen
4.   Menyatakan nama bagi setiap struktur kimia yang dilukis.
Yang pasti terdapat banyak lagi kelebihan yang boleh didapati daripada Chemsketch jika kita terus diterokai. Di samping dapat memudahkan kerja pengguna, bagi saya ia juga sesuai dijadikan medium untuk mempelajari asas bagi struktur kimia dan sebagainya. 








- Follow Us on Twitter!
 
- "Join Us on Facebook!
 
- RSS
 
Contact