Pada minggu ini tiba giliran kumpulan saya iaitu kumpulan 5 untuk membuat pembentangan tentang Windows Movie Maker dan kumpulan 7 berkaitan OneNote. 
1.    Windows Movie Maker
Windows Movie Maker adalah satu perisian menyunting video yang asas dan ringkas yang disertakan dengan Microsoft Windows. Ia mengandungi ciri-ciri seperti kesan, peralihan, tajuk/kredit dan audio. Saya percaya dan yakin semua di antara kawan-kawan sekelas saya pernah menggunakan perisian ini untuk membuat video peribadi dan  sebagianya. Sebagai guru pula, perisian ini berguna untuk menyediakan bahan mengajar yang menarik. Perisian ini sangat mudah dan menarik digunakan walaupun pada pertama kali menggunakannya. Tetapi sekarang ramai pengguna menggunakan Windows 7, maka Windows Movie Maker telah digantikan kepada Windows Live Movie Maker yang mempunyai kemudahan yang berbeza. Windows Live Movie Maker membenarkan pengguna menerbitkan video ke Windows Live SkyDrive, Facebook, You Tube dan Flickr serta mencipta video HD. Namun begitu, meskipun pembaharuan telah dilakukan untuk memudahkan pengguna, terdapat ciri-ciri tertentu yang membuatkan Windows Movie Maker lebih senang digunakan berbanding Windows Live Movie Maker seperti pembuangan garisan masa yang menyebabkan pengguna sukar untuk menjangkakan tempoh masa untuk gambar atau audio dimainkan dalan video yang dihasilkan.
2. Microsoft OneNote
Microsoft OneNote merupakan salah satu aplikasi daripada Microsoft Office yang boleh dianggap sebagai buku nota dan dapat mengumpul pelbagai catatan, idea, nota dan sebagainya mengikut section yang ditetapkan oleh pengguna. Apa yang istimewa tentang OneNote, setiap catatan yang pengguna buat tidak akan hilang walaupun tidak disimpan kerana ia akan simpan secara automatik. Dalam OneNote, pengguna boleh memasukkan, membuat jadual, masukkan gambar dan membuat pelbagai bentuk peta minda dan konsep. Pengguna juga boleh menulis di mana-mana sudut dokumen dengan hanya klik di tempat yang dikehendaki. Bagi pengguna yang menggunakan tablet PC, mereka boleh membuat catatan di OneNote dengan menggunakan tulisan tangan seolah-olah menulis di atas buku nota menggunakan pen. Lebih menarik lagi, OneNote juga dapat membuat pengiraan dengan hanya menaip nombor dan operasi pengiraan untuk mendapatkan penyelesaian. Antara keistimewaan lain OneNote, pengguna dapat memasukkan gambar dari web tanpa crop atau copy tetapi dengan hanya menggunakan screen clipping dan juga dapat extract sebarang tulisan dari gambar tersebut. Selain itu, OneNote juga membolehkan pengguna membina password bagi fail-fail yang sulit. Menarik kan??Sebagai pelajar dan guru, OneNote sangat berguna untuk membuat nota dan catatan.
Selain mempelajari 2 perisian tersebut, pensyarah memberi penerangan ringkas tentang penggunaan CamStudio atau juga dikenali sebagai Desktop Screen Recorder. CamStudio merupakan satu perisian yang dapat merakam audio dan setiap aktiviti yang dilakukan di skrin komputer dan seterusnya dapat disimpan sebagai AVI video. Perisian ini mempunyai SWF Producer yang dapat mengubah ukuran fail avi yang sesuai dengan Streaming Flash Videos (SWFs). Perisian ini berguna kepada guru-guru untuk menghasilkan video demonstrasi dalam proses P&P dan perisian ini juga akan digunakan dalam melaksanakan tugasan 6.
Windows Movie Maker adalah satu perisian menyunting video yang asas dan ringkas yang disertakan dengan Microsoft Windows. Ia mengandungi ciri-ciri seperti kesan, peralihan, tajuk/kredit dan audio. Saya percaya dan yakin semua di antara kawan-kawan sekelas saya pernah menggunakan perisian ini untuk membuat video peribadi dan  sebagianya. Sebagai guru pula, perisian ini berguna untuk menyediakan bahan mengajar yang menarik. Perisian ini sangat mudah dan menarik digunakan walaupun pada pertama kali menggunakannya. Tetapi sekarang ramai pengguna menggunakan Windows 7, maka Windows Movie Maker telah digantikan kepada Windows Live Movie Maker yang mempunyai kemudahan yang berbeza. Windows Live Movie Maker membenarkan pengguna menerbitkan video ke Windows Live SkyDrive, Facebook, You Tube dan Flickr serta mencipta video HD. Namun begitu, meskipun pembaharuan telah dilakukan untuk memudahkan pengguna, terdapat ciri-ciri tertentu yang membuatkan Windows Movie Maker lebih senang digunakan berbanding Windows Live Movie Maker seperti pembuangan garisan masa yang menyebabkan pengguna sukar untuk menjangkakan tempoh masa untuk gambar atau audio dimainkan dalan video yang dihasilkan.2. Microsoft OneNote
Microsoft OneNote merupakan salah satu aplikasi daripada Microsoft Office yang boleh dianggap sebagai buku nota dan dapat mengumpul pelbagai catatan, idea, nota dan sebagainya mengikut section yang ditetapkan oleh pengguna. Apa yang istimewa tentang OneNote, setiap catatan yang pengguna buat tidak akan hilang walaupun tidak disimpan kerana ia akan simpan secara automatik. Dalam OneNote, pengguna boleh memasukkan, membuat jadual, masukkan gambar dan membuat pelbagai bentuk peta minda dan konsep. Pengguna juga boleh menulis di mana-mana sudut dokumen dengan hanya klik di tempat yang dikehendaki. Bagi pengguna yang menggunakan tablet PC, mereka boleh membuat catatan di OneNote dengan menggunakan tulisan tangan seolah-olah menulis di atas buku nota menggunakan pen. Lebih menarik lagi, OneNote juga dapat membuat pengiraan dengan hanya menaip nombor dan operasi pengiraan untuk mendapatkan penyelesaian. Antara keistimewaan lain OneNote, pengguna dapat memasukkan gambar dari web tanpa crop atau copy tetapi dengan hanya menggunakan screen clipping dan juga dapat extract sebarang tulisan dari gambar tersebut. Selain itu, OneNote juga membolehkan pengguna membina password bagi fail-fail yang sulit. Menarik kan??Sebagai pelajar dan guru, OneNote sangat berguna untuk membuat nota dan catatan.
Selain mempelajari 2 perisian tersebut, pensyarah memberi penerangan ringkas tentang penggunaan CamStudio atau juga dikenali sebagai Desktop Screen Recorder. CamStudio merupakan satu perisian yang dapat merakam audio dan setiap aktiviti yang dilakukan di skrin komputer dan seterusnya dapat disimpan sebagai AVI video. Perisian ini mempunyai SWF Producer yang dapat mengubah ukuran fail avi yang sesuai dengan Streaming Flash Videos (SWFs). Perisian ini berguna kepada guru-guru untuk menghasilkan video demonstrasi dalam proses P&P dan perisian ini juga akan digunakan dalam melaksanakan tugasan 6.


0 comments:
Post a Comment