
Ada yang mengatakan “Life is about a journey not
destination”. Setiap orang mempunyai episod perjalanan hidup masing-masing.
Penuh cabaran dan kenangan suka-duka sebelum berada di mana kita berada
sekarang dan di mana kita akan tuju selepas ini dan seterusnya. Pelbagai
perancangan dilakukan sebelum berganjak dari satu episod ke satu episod yang
lain. Ada yang berlaku seperti yang dirancang ada juga yang sebaliknya. Namun
semua itu dijadikan pengalaman dan pengajaran yang akan mematangkan kita.
Semakin banyak cabaran dan rintangan yang dilalui semakin banyak pengajaran
yang kita peroleh dan semakin kita sedar kelemahan dalam diri kita yang perlu
diperbaiki.
Perjalanan saya untuk menuju impian jika diimbas
kembali merupakan satu perjalanan yang jauh dan amat menarik. Moment bersama kawan-kawan, belajar
bersama, ke mana-mana bersama-sama sering kali muncul di ingatan. Sangat indah
dan manis. Tetapi semua itu adalah saat yang telah saya lalui, bagaimana pula
dengan sekarang dan masa hadapan? Jika sekarang saya sedang menjalani tempoh
pengajian pendidikan kerana impian saya ingin menjadi tenaga pengajar. Oleh kerana
sekarang saya di semester akhir, saya perlu menyiapkan disertasi yang mana saya
menumpukan kajian tentang pencapaian pelajar sekolah dalam kemahiran abad
ke-21, kemahiran proses sains dan kemahiran menaakul. Kemahiran-kemahiran
tersebut, sekiranya dikuasai dengan baik oleh pelajar-pelajar akan melahirkan
pelajar berminda kelas pertama yang dapat memenuhi keperluan kerjaya di masa
hadapan.
Manakala perancangan saya di masa akan datang
adalah untuk menjadi tenaga pengajar yang cemerlang yang mengaplikasikan semua
pembaharuan dalam pendidikan. Saya perlu membekalkan diri saya dengan pelbagai
kemahiran untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berjaya dengan cemerlang
dalam akademik, malah memiliki atitud yang baik dan terkawal. Pada masa yang
sama, saya juga membina impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
seterusnya dengan harapan dapat membentuk diri saya menjadi lebih baik dalam
pelbagai aspek kehidupan. Apabila melihat pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak
pengetahuan dan pengalaman serta memiliki title
Dr., Prof. Madya dan Prof. menyuntik semangat saya untuk meneruskan langkah
kehidupan tanpa mengira apa kesukaran dan rintangan yang perlu dihadapi sebelum
mendapatkannya, tetapi kebaikan yang bakal saya dapat setelah berjaya ke
peringkat tersebut. Sudah tentu banyak perkara yang menarik dan menakjubkan
dapat saya pelajari dan Insya Allah dapat memberi sumbangan kepada masyarakat
dengan ilmu yang saya miliki.





- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact