Sunday, April 21, 2013 0 comments

Minggu 8

Pada minggu ini juga terdapat dua pembantangan iaitu daripada kumpulan 6 dan 8. Dua pembentangan tentang dua perisian yang baru bagi saya kerana belum pernah menggunakannya. Pembentangan dimulakan dengan kumpulan 6 berkaitan Prezi dan diikuti kumpulan 8 berkaitan Microsoft PowerPoint.

1.    Prezi  
Prezi merupakan satu perisian persembahan atau pembentangan berasaskan internet. Prezi berfungsi sebagaimana Microsoft PowerPoint, tetapi ia lebih menarik, dinamik, dan lebih senang digunakan memandangkan ia telah mempunyai pelbagai reka bentuk template yang menarik dan pengguna hanya perlu mengisi kandungan yang ingin dipersembahkan. Jika dibandingkan dengan Microsoft PowerPoint, Prezi dipersembahkan dalam bentuk kanvas berbeza dengan Microsoft PowerPoint yang dipersembahkan dalam bentuk slaid demi slaid. Maka, pengguna Prezi hanya perlu membesar dan memperkecilkan (zoom in or out) bahagian paparan persembahan mereka. Pengguna Prezi boleh memasukkan gambar atau video dengan mudah dan di mana sahaja di bahagian kanvas yang mereka kehendaki. Meskipun Prezi kelihatan canggih dengan fungsi-fungsi yang menakjubkan, namun ia bukanlah susah untuk dipelajari. Pengguna hanya perlukan masa untuk meneroka dan membuktikan kreativiti diri. Saya yakin penonton atau pelajar yang menonton pembentangan yang menggunakan Prezi akan tertarik dan tidak bosan. 
Tetapi perisian ini bukan perisian percuma. Pengguna perlu melanggan dan mengeluarkan kos untuk mendapatkan versi penuh. Kami sekelas hanya menggunakan Prezi versi percubaan yang boleh digunakan secara percuma dalam masa 30 hari dari tarikh melanggan. Selain itu, pembentangan Prezi hanya boleh dihasilkan ketika atas talian. Untuk mencuba perisian yang baru dipelajari ini, saya telah menghasilkan satu persembahan Prezi ringkas. Klik di sini .

2.   Microsoft PowerPoint (Mouse Mischief)

        

Sudah tentu semua dalam kalangan guru dan pelajar pernah dan selalu menggunakan Microsoft PowerPoint. Microsoft PowerPoint merupakan salah satu aplikasi daripada Microsoft Office yang popular dan sekian lama digunakan untuk menyediakan slaid pembentangan. Namun apa yang dibentang dan dipelajari pada minggu ini bagi saya adalah sesuatu fungsi yang baru dalam Microsoft PowerPoint yang belum pernah saya guna iaitu Microsoft Mouse Mischief. Microsoft Mouse Mischief adalah satu program baru yang digabungkan dalam Microsoft PowerPoint untuk membolehkan golongan guru atau pendidik menghasilkan satu slaid pengajaran yang interaktif. Dengan Microsoft Mouse Mischief guru dapat membina soalan, membuat pemilihan jawapan dan menyediakan ruangan melukis pada slaid PowerPoint. Dengan itu, pelajar dapat dapat belajar dengan aktif, memberi tindak balas semasa sesi P&P dengan memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan tetikus untuk klik jawapan, membua bulatan atau 'drag ang drop' jawapan. Pelbagai bentuk latihan dapat guru sediakan untuk pelajar-pelajar dengan menggunakan Microsoft Mouse Mischief seperti melabel, mengisi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan dan Crossword. Dalam pembentangan ini juga kami diajar bagaimana untuk membina crossword sendiri tetapi perlu ada perisian yang perlu di'install' terlebih dahulu.    


0 comments

Minggu 7

Pada minggu ini tiba giliran kumpulan saya iaitu kumpulan 5 untuk membuat pembentangan tentang Windows Movie Maker dan kumpulan 7 berkaitan OneNote. 

1.    Windows Movie Maker

Windows Movie Maker adalah satu perisian menyunting video yang asas dan ringkas yang disertakan dengan Microsoft Windows. Ia mengandungi ciri-ciri seperti kesan, peralihan, tajuk/kredit dan audio. Saya percaya dan yakin semua di antara kawan-kawan sekelas saya pernah menggunakan perisian ini untuk membuat video peribadi dan  sebagianya. Sebagai guru pula, perisian ini berguna untuk menyediakan bahan mengajar yang menarik. Perisian ini sangat mudah dan menarik digunakan walaupun pada pertama kali menggunakannya. Tetapi sekarang ramai pengguna menggunakan Windows 7, maka Windows Movie Maker telah digantikan kepada Windows Live Movie Maker yang mempunyai kemudahan yang berbeza. Windows Live Movie Maker membenarkan pengguna menerbitkan video ke Windows Live SkyDrive, Facebook, You Tube dan Flickr serta mencipta video HD. Namun begitu, meskipun pembaharuan telah dilakukan untuk memudahkan pengguna, terdapat ciri-ciri tertentu yang membuatkan Windows Movie Maker lebih senang digunakan berbanding Windows Live Movie Maker seperti pembuangan garisan masa yang menyebabkan pengguna sukar untuk menjangkakan tempoh masa untuk gambar atau audio dimainkan dalan video yang dihasilkan.

2.    Microsoft OneNote


Microsoft OneNote merupakan salah satu aplikasi daripada Microsoft Office yang boleh dianggap sebagai buku nota dan dapat mengumpul pelbagai catatan, idea, nota dan sebagainya mengikut section yang ditetapkan oleh pengguna. Apa yang istimewa tentang OneNote, setiap catatan yang pengguna buat tidak akan hilang walaupun tidak disimpan kerana ia akan simpan secara automatik. Dalam OneNote, pengguna boleh memasukkan, membuat jadual, masukkan gambar dan membuat pelbagai bentuk peta minda dan konsep. Pengguna juga boleh menulis di mana-mana sudut dokumen dengan hanya klik di tempat yang dikehendaki. Bagi pengguna yang menggunakan tablet PC, mereka boleh membuat catatan di OneNote dengan menggunakan tulisan tangan seolah-olah menulis di atas buku nota menggunakan pen. Lebih menarik lagi, OneNote juga dapat membuat pengiraan dengan hanya menaip nombor dan operasi pengiraan untuk mendapatkan penyelesaian. Antara keistimewaan lain OneNote, pengguna dapat memasukkan gambar dari web tanpa crop atau copy tetapi dengan hanya menggunakan screen clipping dan juga dapat extract sebarang tulisan dari gambar tersebut. Selain itu, OneNote juga membolehkan  pengguna membina password bagi fail-fail yang sulit. Menarik kan??Sebagai pelajar dan guru, OneNote sangat berguna untuk membuat nota dan catatan.

Selain mempelajari 2 perisian tersebut, pensyarah memberi penerangan ringkas tentang penggunaan CamStudio atau juga dikenali sebagai Desktop Screen Recorder. CamStudio merupakan satu perisian yang dapat merakam audio dan setiap aktiviti yang dilakukan di skrin komputer dan seterusnya dapat disimpan sebagai AVI video. Perisian ini mempunyai SWF Producer yang dapat mengubah ukuran fail avi yang sesuai dengan Streaming Flash Videos (SWFs). Perisian ini berguna kepada guru-guru untuk menghasilkan video demonstrasi dalam proses P&P dan perisian ini juga akan digunakan dalam melaksanakan tugasan 6.


 
;