Falsafah pengajaran saya adalah membantu pelajar untuk membantu diri mereka. Jika abad ini, ciri-ciri pelajar yang diperlukan untuk menghadapi cabaran adalah memiliki pelbagai kemahiran seperti literasi digital, kemahiran berkomunikasi dan produktiviti tinggi, maka sebagai pengajar saya ingin membantu mereka membekalkan diri dengan kemahiran tersebut. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang sedemikian, pengajar bukan lagi berperanan sebagai pembekal maklumat tetapi memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan mencari jawapan kepada persoalan yang timbul. Pengajar hanyalah individu yang membantu, memberi mereka dorongan dan motivasi agar mereka menunjukkan minat yang mendalam dalam mencari ilmu. Dengan aktiviti penerokaan sendiri mereka akan dapati proses pembelajaran dalam konteks yang amat menarik. Tambahan lagi saya percaya setiap pelajar memiliki keistimewaan masing-masing dan mempunyai corak pemikiran yang berbeza. Dengan penerokaan sendiri mereka akan bangkit dengan pendapat mereka sendiri ditambah pula dengan pendapat pelajar-pelajar lain akan menjadikan proses pembelajaran yang sangat berkesan dan bermaklumat. Apa yang penting pengajar perlu percaya dengan kebolehan pelajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment