
Pada minggu 5 giliran kumpulan 2 pula untuk membentangkan tentang Picasa3, iaitu satu perisian untuk menyunting gambar. Selain dapat menyunting gambar, banyak lagi ciri-ciri menarik berkaitan Picasa3 seperti album, image viewer, berkongsi gambar dengan kawan-kawan google dan sesiapa sahaja dengan cepat dan mudah, Dengan album Picasa, kita dapat menyusun gambar-gambar yang terdapat dalam komputer kita mengikut kategori yang kita suka tanpa memberi kesan kepada kedudukan atau folder asal gambar dalam komputer. Contohnya sekira kita delete salah satu gambar dalam album Picasa, gambar tersebut masih lagi boleh didapati dalam folder asal dalam komputer kerana ia tidak memberi kesan kepada folder asal. 
Untuk suntingan gambar pula, Picasa menyediakan beberapa fungsi asas untuk menyunting gambar seperti, color enhancement, edit text, red eye reduction, cropping, slide shows, collage dan juga printing. Apabila kita menyunting gambar di Picasa, ia juga tidak mengubah gambar asal dalam komputer. Selain itu, kita juga boleh menghasilkan video dengan menggunakan Picasa. Tetapi fungsi yang disediakan untuk penghasilan video agak terhad dan tidak pelbagai berbanding Movie Maker. Namun begitu, perisian Picasa ini sentiasa diupgrade, kalau tak silap sekarang telah diupgrade kepada Picasa 3.9 yang pasti semakin menarik dan bertambah fungsi dan ciri-ciri keistimewaannya.
Secara jujurnya, kebiasaannya saya menggunakan perisian lain untuk menyunting gambar dan tidak pernah menggunakan perisian Picasa. Tetapi setelah diperkenalkan oleh kawan-kawan kumpulan 2, saya cuba untuk menggunakannya dan ianya agak menarik. Di bawah adalah contoh gambar yang telah saya sunting menggunakan Picasa3. Mungkin gambar tersebut boleh disunting menjadi lebih menarik lagi sekiranya fungsi-fungsi yang disediakan perisian Picasa ini terus dipelajari dengan lebih mendalam. 
Terima kasih kepada kawan-kawan kumpulan 2 kerana memberi pengetahuan baru yang menyeronokkan.


0 comments:
Post a Comment