Sunday, April 14, 2013

Career Development Plan





Ada yang mengatakan “Life is about a journey not destination”. Setiap orang mempunyai episod perjalanan hidup masing-masing. Penuh cabaran dan kenangan suka-duka sebelum berada di mana kita berada sekarang dan di mana kita akan tuju selepas ini dan seterusnya. Pelbagai perancangan dilakukan sebelum berganjak dari satu episod ke satu episod yang lain. Ada yang berlaku seperti yang dirancang ada juga yang sebaliknya. Namun semua itu dijadikan pengalaman dan pengajaran yang akan mematangkan kita. Semakin banyak cabaran dan rintangan yang dilalui semakin banyak pengajaran yang kita peroleh dan semakin kita sedar kelemahan dalam diri kita yang perlu diperbaiki.

   
   

Perjalanan saya untuk menuju impian jika diimbas kembali merupakan satu perjalanan yang jauh dan amat menarik. Moment bersama kawan-kawan, belajar bersama, ke mana-mana bersama-sama sering kali muncul di ingatan. Sangat indah dan manis. Tetapi semua itu adalah saat yang telah saya lalui, bagaimana pula dengan sekarang dan masa hadapan? Jika sekarang saya sedang menjalani tempoh pengajian pendidikan kerana impian saya ingin menjadi tenaga pengajar. Oleh kerana sekarang saya di semester akhir, saya perlu menyiapkan disertasi yang mana saya menumpukan kajian tentang pencapaian pelajar sekolah dalam kemahiran abad ke-21, kemahiran proses sains dan kemahiran menaakul. Kemahiran-kemahiran tersebut, sekiranya dikuasai dengan baik oleh pelajar-pelajar akan melahirkan pelajar berminda kelas pertama yang dapat memenuhi keperluan kerjaya di masa hadapan.



Manakala perancangan saya di masa akan datang adalah untuk menjadi tenaga pengajar yang cemerlang yang mengaplikasikan semua pembaharuan dalam pendidikan. Saya perlu membekalkan diri saya dengan pelbagai kemahiran untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berjaya dengan cemerlang dalam akademik, malah memiliki atitud yang baik dan terkawal. Pada masa yang sama, saya juga membina impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya dengan harapan dapat membentuk diri saya menjadi lebih baik dalam pelbagai aspek kehidupan. Apabila melihat pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman serta memiliki title Dr., Prof. Madya dan Prof. menyuntik semangat saya untuk meneruskan langkah kehidupan tanpa mengira apa kesukaran dan rintangan yang perlu dihadapi sebelum mendapatkannya, tetapi kebaikan yang bakal saya dapat setelah berjaya ke peringkat tersebut. Sudah tentu banyak perkara yang menarik dan menakjubkan dapat saya pelajari dan Insya Allah dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dengan ilmu yang saya miliki.

0 comments:

Post a Comment

 
;