Pada minggu ini juga terdapat dua pembantangan iaitu daripada kumpulan 6 dan 8. Dua pembentangan tentang dua perisian yang baru bagi saya kerana belum pernah menggunakannya. Pembentangan dimulakan dengan kumpulan 6 berkaitan Prezi dan diikuti kumpulan 8 berkaitan Microsoft PowerPoint.
1. Prezi

Prezi merupakan satu perisian persembahan atau pembentangan berasaskan internet. Prezi berfungsi sebagaimana Microsoft PowerPoint, tetapi ia lebih menarik, dinamik, dan lebih senang digunakan memandangkan ia telah mempunyai pelbagai reka bentuk template yang menarik dan pengguna hanya perlu mengisi kandungan yang ingin dipersembahkan. Jika dibandingkan dengan Microsoft PowerPoint, Prezi dipersembahkan dalam bentuk kanvas berbeza dengan Microsoft PowerPoint yang dipersembahkan dalam bentuk slaid demi slaid. Maka, pengguna Prezi hanya perlu membesar dan memperkecilkan (zoom in or out) bahagian paparan persembahan mereka. Pengguna Prezi boleh memasukkan gambar atau video dengan mudah dan di mana sahaja di bahagian kanvas yang mereka kehendaki. Meskipun Prezi kelihatan canggih dengan fungsi-fungsi yang menakjubkan, namun ia bukanlah susah untuk dipelajari. Pengguna hanya perlukan masa untuk meneroka dan membuktikan kreativiti diri. Saya yakin penonton atau pelajar yang menonton pembentangan yang menggunakan Prezi akan tertarik dan tidak bosan.
Tetapi perisian ini bukan perisian percuma. Pengguna perlu melanggan dan mengeluarkan kos untuk mendapatkan versi penuh. Kami sekelas hanya menggunakan Prezi versi percubaan yang boleh digunakan secara percuma dalam masa 30 hari dari tarikh melanggan. Selain itu, pembentangan Prezi hanya boleh dihasilkan ketika atas talian. Untuk mencuba perisian yang baru dipelajari ini, saya telah menghasilkan satu persembahan Prezi ringkas.
Klik di sini .
2. Microsoft PowerPoint (Mouse Mischief)

Sudah tentu semua dalam kalangan guru dan pelajar pernah dan selalu menggunakan Microsoft PowerPoint. Microsoft PowerPoint merupakan salah satu aplikasi daripada Microsoft Office yang popular dan sekian lama digunakan untuk menyediakan slaid pembentangan. Namun apa yang dibentang dan dipelajari pada minggu ini bagi saya adalah sesuatu fungsi yang baru dalam Microsoft PowerPoint yang belum pernah saya guna iaitu Microsoft Mouse Mischief. Microsoft Mouse Mischief adalah satu program baru yang digabungkan dalam Microsoft PowerPoint untuk membolehkan golongan guru atau pendidik menghasilkan satu slaid pengajaran yang interaktif. Dengan Microsoft Mouse Mischief guru dapat membina soalan, membuat pemilihan jawapan dan menyediakan ruangan melukis pada slaid PowerPoint. Dengan itu, pelajar dapat dapat belajar dengan aktif, memberi tindak balas semasa sesi P&P dengan memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan tetikus untuk klik jawapan, membua bulatan atau 'drag ang drop' jawapan. Pelbagai bentuk latihan dapat guru sediakan untuk pelajar-pelajar dengan menggunakan Microsoft Mouse Mischief seperti melabel, mengisi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan dan Crossword. Dalam pembentangan ini juga kami diajar bagaimana untuk membina crossword sendiri tetapi perlu ada perisian yang perlu di'install' terlebih dahulu.